Dah hampir sebulan lebih aku masuk UTHM. Mula mula memang huru hara dibuatnye. Semua benda baru, susun jadual sendiri dan nak kene selesaikan semua transfer kredit. Dua minggu untuk selesaikan benda ni aje. Nk mencari kelas pun satu hal. Berjalan kesana sini mencari nya. lepas 2,3 minggu baru lah rasa sedikit selesa. semua benda dah settle. so tinggal belajar aje lah. Subjek-subjek yang susah pensyarah foreigner pulak yang ajar. So nk dapat tu agak susah la. Lambat. Sebab diorang tak pandai sangat cakap bahasa melayu. Sekarang ni yang mendatangkan kerisauan adalah mathematics eng. III. Ape bande pun tak faham lagi. Yang aku ni tak pandai sangat la pulak nk speaking english. So klu ade ape-ape yg tak faham agak sukar untuk bertanya. Dan Selama sebulan lebih ni, aku dah lalui test 1 untuk kebanyakan subjek. Review untuk test 1, memang agak susah. ntah berapa markah yang aku dapat. Dekat sini, memang masa tu rasa singkat. Penuh dengan bebanan assignment, test dan nak study untuk test sampaikan ahad pun ke library untuk study. Masa zaman poli dulu, esok test, malam ni study pun takda hal. Still boleh jawab(yang tak boleh tu tinggal aje..hahaha). Memang kene survive. Untuk kawan-kawan sekelas pulak, semuanya setakat ni ok saja dan harapnye ok sentiasa lah. Semua ada lain-lain jadual puncanya, transfer kredit, jadual bertindih dan mengada-ngada nak tukar ke kelas lain, jadi jadual pun kene edjas. Memang ade kelas yang tak sama dengan rakan 1 kos. Lelaki dan perempuan 1 kos balance yakni sama banyak. Untuk review kolej kediaman pulak, memang jauh daripada kampus. 2.1km jauhnya. So, hari2 nk ke kelas kene naik bas. Kadang-kadang menjadi sardin naik bas ni sebab ramai. so, untuk mengelakkan menjadi sardin cap botan, kene turun tunggu bas awal. Kalau kelas pukul 8 pagi, pukul 7 pagi dah tunggu bas. Tapi, aku akan di sardin kan pada kelas malam isnin. Kene berebut-rebut pegi kelas. Wahh kenapa pihak2 berwajib kat Uni ni x solve kan masalah ni aduii. Untuk rakan serumah dan sebilik pulak, ni yang tak berapa ok sebab aku tak berapa kenal dan rapat sangat dengan mereka. Masing-masing buat hal sendiri so, aku tak suka duk kat bilik. lagi selesa study kat library. Budak-budak rumah ni kebanyakannya haruk-haruk belaka. Aku tak kesah pun benda ni sebab aku dah rasa masa zaman duk poli lagi. Misi aku kat sini nak belajar. Harap aku berpegang teguh dengan misi ni. Lain-lain aku akan ceritakan dalam part 2.