Wednesday, 30 January 2013

EL classico

El classico. memang ada kelas tersendiri. Perlawanan antara 2 kelab gergasi sepanyol. Orang biasanya tak ambik port sangat pasal la liga ni. Sebab tiap musim semacam dah tau sapa juara...Tak barcelona, Real madrid. Perlawanan lain la liga aku jarang tengok. Tapi el classico, kalau boleh tak mau miss. Haha. Real madrid dengan kekayaannya, barcelona dengan barisan pelapisnya. Mantap. Antara kedua2 team ni, aku pilih barcelona. Bagi aku, Barcelona lebih original sebab banyak guna player akademi sendiri. Memang dia gilap sejak kecil sampai jadi pro. Keserasian pemain tu ada. Madrid hanya guna duit beli player pro. Bila nak dia beli, taknak kene jual. Jadi el classico aku pilih barcelona. 

UTHM part 2

Overall kawasan sekitar okay saja....kurang pokok so panas tahap gaban. Tapi dalam kelas semua aircond. sedap sungguh nak tidur. Hahaha. Kawasan luas tapi bangunan-bangunan tak banyak yang dibina lagi. Dan jauh-jauh so, kalu berjalan tu, letih juga. Mungkin sebab faktor tanah berpaya, lambat nak mendap. Itu sebab bangunan banyak tak naik lagi. Bangunan baru yang ada cantik-cantik belaka. Ade library yang besar dan selesa, masjid besar dan dewan yang ohsem. Ada padang dan stadium yang lengkap. Aku rasa memang tempat ni sesuai nak belajar. Universiti dikelilingi kawasan kampung. Bandar pun  boleh tahan jauhnya. So, hiburan tu pun jauh jugak la rasanya. haha. Temp[at dah sesuai tapi depends la pada diri, kalau malas nak belajar, tak jadi ape jugak. Dan yang menakjubkan, dalam longkang ada ikan hidup. punya banyak dan besar saiznya. Banyak jugak lopak yang ada, ada ikan hidup disitu. 

perjalanan hidup

Alhamdulilah 27 haribulan lepas genaplah umur aku 23 tahun. Rasa macam sikit tua tapi, muka masih muda remaja. Bila dah 23 tahun ni, patut fikiran matang. Bila muhasabah diri balik, oh banyak benda yang masih rompong. Jadi ia perlu diperbaiki.  Bila dilihat kawan2 yang lain, ramai juga dah berkerjaya, berharta dan tidak kurang juga sudah berkahwin. Tahniah semua. Jalan kita ni tak sama. tapi sebenarnya tujuan umum sama sahaja. Nak capai kejayaan dan kebahagiaan hidup. 23 tahun, banyak dah liku2 yang aku lalui. So, banyak sekali jatuh bangun nya. Biasalah tu adat kehidupan. Jadi, harapannya, aku perlu berubah kepada yang lebih matang, perlu bijak membuat keputusan. Dan yang penting, terus maju ke hadapan. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Fikiran, emosi juga perlu dikawal sebab, cabaran lepas ni bukan calang2 yang datang. elok la bersedia mental dan emosi. Dasn selama 23 tahun ni, dah banyak tempat aku merantau. Banyak orang yang aku jumpa. Semua ada kisah hitam dan putih. Semuanya mematangkan. Nanti aku cuba post kisah2 lampau. Mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama. Dan sekalung tahniah kepada diri aku, kerana selama 23 tahun ni ada pencapaian yang membanggakan. Juga tidak lupa, ucapan terima kasih kepada yang membantu selama ini. 

Saturday, 19 January 2013

azam 2013

Azam..mampukah aku realisasikan azam?..haha. All i need is consistency. niat dah ada, then usaha tawakal. Amat lah memerlukan konsistensi. Inshaa allah berjaya realisasikan. untuk tahun 2013 ni, aku nak fasih berbahasa inggeris. Alangkah bagus kalau dapat bertutur english. Boleh melancong ke luar negara. Kemana saja boleh pergi. Lagipun, sekarang english tu penting kalau nak dapatkan kerja di well establish company. Sebab apa kejar company macam ni?.. sebab ia kukuh, boleh nak kerja lama, boleh kembangkan dan cari pengalaman. So bila dah ada pengalaman, baru boleh demand kerja yang lagi baik, gaji pun lagi besar. 

Mungkin nampak lebih educated kalau boleh menguasai dua bahasa. So, start dari awal tahun ni kena mula usaha dan bekerja ke arah menguasai bahasa tersebut. Cuma ade satu persoalan. kenapa aku (dan juga kamu-kamu semua) masih tak boleh nak bertutur secara lancar. Sedangkan dari tadika lagi belajar bahasa inggeris??. Jawapannya, kita tak praktis bercakap dalam bahasa tu. Sekarang ni aku tengok orang Malaysia yang banyak menggunakan english ni bangsa cina dan india. Melayu?.. ada tapi sikit. Melayu ni layu mungkin. harap aku tak jadi layu.

Dalam masa setahun, aku cuba baertutur. harapa boleh lah. Cuma kena buang sifat malu.  

Friday, 18 January 2013

Final exam

alhamdulilah. sudah tamat semester 1 di UTHM. Last paper untuk semester ni pada 14hb. Dan sekarang, aku bercuti selama sebulan. Septutnya cuti-cuti macam ni kena buat to do list supaya cuti tu dipenuhi dengan aktiviti. Sampai hari ni pun masih tak buat jugak to do list nye. masa dibuang dengan tido sepanjang hari. Kira macam qada tidur yang tak cukup-cukup hari tu.

Ini kali pertama aku exam di sebuah Universiti. Memang ada sikit perbezaan lah dari zaman poli dulu. kalau dilihat daripada soalan-soalan final, memang mencabar minda. Bukan calang-calang. Ade yang sampai tak terjawab. Kalau di poli dulu, ada soalan yang boleh jangka apa yang akan keluar. Sebab, soalan-soalan final poli ni biasanya diambil dari soalan-soalan yang exam dulu. Kalau tak sebiji pun, soalan nye lebih kurang sahaja sama dengan kertas dulu. Tapi disini, soalan nye sukar diramal. Itu yang berhempas pulas study. Tak boleh nak jangka walau dapat hint sekalipun.

Silap aku, study last minute. Memang susah nak back up semua topik. Untuk pengajaran, jangan lah study last minute. Jadi terkejar-kejar study last minute ni. Kalau di zaman poli, study last minute pun masih boleh jawab final. Hehe. Jadi suasana nya lain disini. Tak boleh guna cara di poli dulu, study last minute. Nak fahamkan satu-satu bab bukan sekejap, so kalau study last minute ni memang tak cukup masa, tak cukup tidur, kena stay up sampai ke pagi. badan pun jadi letih.

Apepun, aku harap semua lulus dengan cemerlang semester ni. Jadikan semester ni pengajaran untuk melalui semester akan datang. 

semester 1