Friday, 18 January 2013

Final exam

alhamdulilah. sudah tamat semester 1 di UTHM. Last paper untuk semester ni pada 14hb. Dan sekarang, aku bercuti selama sebulan. Septutnya cuti-cuti macam ni kena buat to do list supaya cuti tu dipenuhi dengan aktiviti. Sampai hari ni pun masih tak buat jugak to do list nye. masa dibuang dengan tido sepanjang hari. Kira macam qada tidur yang tak cukup-cukup hari tu.

Ini kali pertama aku exam di sebuah Universiti. Memang ada sikit perbezaan lah dari zaman poli dulu. kalau dilihat daripada soalan-soalan final, memang mencabar minda. Bukan calang-calang. Ade yang sampai tak terjawab. Kalau di poli dulu, ada soalan yang boleh jangka apa yang akan keluar. Sebab, soalan-soalan final poli ni biasanya diambil dari soalan-soalan yang exam dulu. Kalau tak sebiji pun, soalan nye lebih kurang sahaja sama dengan kertas dulu. Tapi disini, soalan nye sukar diramal. Itu yang berhempas pulas study. Tak boleh nak jangka walau dapat hint sekalipun.

Silap aku, study last minute. Memang susah nak back up semua topik. Untuk pengajaran, jangan lah study last minute. Jadi terkejar-kejar study last minute ni. Kalau di zaman poli, study last minute pun masih boleh jawab final. Hehe. Jadi suasana nya lain disini. Tak boleh guna cara di poli dulu, study last minute. Nak fahamkan satu-satu bab bukan sekejap, so kalau study last minute ni memang tak cukup masa, tak cukup tidur, kena stay up sampai ke pagi. badan pun jadi letih.

Apepun, aku harap semua lulus dengan cemerlang semester ni. Jadikan semester ni pengajaran untuk melalui semester akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.