Alhamdulilah 27 haribulan lepas genaplah umur aku 23 tahun. Rasa macam sikit tua tapi, muka masih muda remaja. Bila dah 23 tahun ni, patut fikiran matang. Bila muhasabah diri balik, oh banyak benda yang masih rompong. Jadi ia perlu diperbaiki. Bila dilihat kawan2 yang lain, ramai juga dah berkerjaya, berharta dan tidak kurang juga sudah berkahwin. Tahniah semua. Jalan kita ni tak sama. tapi sebenarnya tujuan umum sama sahaja. Nak capai kejayaan dan kebahagiaan hidup. 23 tahun, banyak dah liku2 yang aku lalui. So, banyak sekali jatuh bangun nya. Biasalah tu adat kehidupan. Jadi, harapannya, aku perlu berubah kepada yang lebih matang, perlu bijak membuat keputusan. Dan yang penting, terus maju ke hadapan. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Fikiran, emosi juga perlu dikawal sebab, cabaran lepas ni bukan calang2 yang datang. elok la bersedia mental dan emosi. Dasn selama 23 tahun ni, dah banyak tempat aku merantau. Banyak orang yang aku jumpa. Semua ada kisah hitam dan putih. Semuanya mematangkan. Nanti aku cuba post kisah2 lampau. Mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama. Dan sekalung tahniah kepada diri aku, kerana selama 23 tahun ni ada pencapaian yang membanggakan. Juga tidak lupa, ucapan terima kasih kepada yang membantu selama ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.